Monday, July 2, 2012

Drama Adam dan Hawa adaptasi novel aisya sofea

Drama adaptasi novel Adam dan Hawa karya Aisya Sofea.
Pemilihan watak utama drama Adam dan Hawa telah dipilih sendiri oleh penulis novel AISYA SOFEA.


Siapa? Bintang Paling Popular yang memang sesuai dengan watak novel Aaron Aziz dipilih membawa watak pilot handsome Adam Mukhriz manakala Nadia Nissa(pelakon filem Cun) dipilih membawa Ain Hawani.. Berapa episode(80 episode) panjangnya.... mahu dekat 5-6 bulan baru habis..Bila ditayangkan??dalam bulan Julai(sendiri tanya,sendiri jawab)
Khabar yang tak berapa best-drama ni akan ditayangkan di astro bella (╯╭╮╰)

saje je la astro nie.





Sinopsis Adam dan Hawa:

Ain Hawani berkerja sebagai guru gantian di sekolah tadika milik kakak Adam Mukhriz seorang pilot yang lagaknya seperti playboy...
Oleh kerana sakit hati dengan Adam Mukhriz tidak mengendahkannya, kekasih Adam ingin menjerat lelaki itu.Namun tersalah perhitungan apabila Ain Hawani menjadi mangsa korban.
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Ain ditangkap khalwat bersama Adam


Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.


Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.


Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi.

Para pelakon:
Aaron Aziz - Adam Mukhriz
Nadia Nissa - Ain Hawani
Alzana - Dee
Rozie Rashid - kakak Adam


boleh agak kan apa yang berlaku dlm scene ni (bila Adam dan Ain perlu berkahwin setelah ditangkap khalwat) 

Adam dan Ain
ADAM MUKHRIZ
AIN HAWANI

p/s: naien suka citer nie..nama heroin die sama dengan nama naien.. "AIN"

1 comment:

  1. ngam sudah plakk heroin ngn plkn yg laen, sebub dorg b'jwh wtk novel/imagination.... ndak best la klu heroin nya pown pnyai wjh yg lwa... Aaron pgng wtk hero pla sebub penampilan nya, ngam sudah bha e2

    ReplyDelete