Sunday, January 1, 2012

8 Sebab KENAPA Cik Naien Yunus MISKIN


Ada orang kata naien ni kaya..haha nak gelak sumbing naien dengar. Tang mana naien kaya? Gaji pun TARAK. Duit belanja yang ayah bagi? Hehe pun ciput-ciput jugak.. ayah bagi biasa-biasa jer. Takkan sebab naien duduk CYBERJAYA dan STUDY kat kolej SWASTA naien ni banyak duit?? takde semua tu.. bila jadi anak sulung dalam family, kita kena jaga semua perkara. Thanks god adik-adik naien dua orang tu tak suka sangat berbelanja or DEMAND la kata mudahnya. Ini kerana dalam family naien, naien paling demand kalau bab duit dan belanja ni..haha..

Kadang-kala orang suka buat spekulasi sendiri. Konon-konon si polan tu kaya, banyak duit. Sikit-sikit suruh belanja. Tapi masalah orang kita tahu ke? Susah senang orang kita nampak ke? Kalau kita tak tunjuk, memang tak nampak. Tapi apa ke jadahnya saja-saja nak tunjuk kaya atau saja-saja nak tunjuk miskin? Buat biasa-biasa cukuplah kan!

Kalau naien kata naien miskin, memang orang tak percaya. Tapi naien pun takdelah sesengkek sangat pun. Hehe..masih ada GAJI sebagai PELAJAR, dan masih dibantu oleh sedikit royalti yang naien perolehi daripada PTPTN. Bolehlah sekadar nak hidup tapi taklah mewah yang segelintir orang fikirkan. Tapi kalau buat indeks kemiskinan, naien memang duduk dalam kategori miskin atau dalam loghat terengganu ‘orang takdok pitih’.. hehehe..

KENAPA naien bilang begitu? Hehe.. kalau nak tahu sangat, ni TEORI serba ringkas kenapa naien kata naien sebenarnya miskin.



Teori 1
Naien selalu beli blouse atau T-shirt tapi sebab badan naien ni sekejap kembang sekejap surut, maka naien selalu beri kat sepupu-sepupu or member-member naien baju-baju tu. Time naien kembang, naien bagi. Time naien surut, naien menyesal bagi..hehehe nak mintak balik BURUK SIKU la pulak. Hahaha macam manalah tak miskin.. beli baju bagi orang, beli sedekah, beli sedekah.. hehehe.. Begitu jugaklah dengan kain batik. Ampun naien memang tak pandai pakai kain batik (nak kata moden punya orang, takdelah moden pun). Tapi apasal ya? Orang-orang kat luar sana suka sangat hadiahkan kain batik kalau ada apa-apa events yang melibatkan naien. Masalahnya naien memang alergi dengan kain batik. So sebab banyak sangat, naien pun bagilah kat umi untuk dipakai dan kadang-kadang umi suruh naien pula yang pakai.. Memang TAK la. Tapi time naien takde duit, naien selalu melamun sorang-sorang sambil angkat kening jahat. Bayangkan kalau naien kumpul semua baju-baju yang naien sedekah bagi orang lain tu naien ambil dan jual kat kedai BANDEL or jual kat pasar malam, mesti untung beratus jugak tu.. haha..

Teori 2 
Naien boros sedikit dalam berbelanja tapi naien miskin bukan sebab keborosan naien, tapi naien miskin sebab naien selalu LESAPKAN duit yang konon-konon naien sorokkan untuk elak naien membazir belanja tak tentu hala. Kiranya duit simpanan untuk time TERDESAK or TERSUSAH la. Masalahnya kalau naien simpan duit tu di sesuatu tempat tu, lagi dua tiga hari memang naien dah TEKENANG duit yang naien sorokkan tu. Tak pernah nak lupa. Akhirnya duit tu naien ambik dan belanjakan sesedap hati naien.. Lupa terus duit tu naien simpan untuk time susah naien nanti. Geram betul la naien ngn diri naien ni..=(


Teori 3
Naien seorang yang sangat PERANCANG orangnya. Setiap hari naien sediakan barang-barang yang memang BETUL-BETUL PENTING untuk dibeli. Siap buat note dalam phone, laptop and stick kat dinding bilik. Tapi last-last time pegi shoping, lain yang naien write, lain yang naien beli. Satu barang pun yang naien tulis tu, naien tak beli. Bila balik, menyesal. Itu adalah salah satu teori yang naien rasa naien ni memang boleh jadi MISKIN.




Teori 4
Naien suka kumpul kasut walapun tak sebanyak Imelda Marcos bini bekas presiden Filiphina yang mmg kaki boros dalam membeli kasut. Tapi dalam sepuluh kasut yang naien beli, sebenarnya naien pakai satu aje sampai rosak. Yang lain-lain tu buat tayang dan cuci mata je. Elok je kasut-kasut tu tersadai dalam teroli kasut kat umah eden ni haa... Bila dah lama sangat, mula la rosak.. Rosak sebab tak pakai. Bila jarang pakaikan, getah kasut akan tertanggal. Jadi, automatik rosak la. Time tu AYAH kesayangan naien akan mengamuk dan membebel sebab bengang duit yang dia bagi kat naien tu sia-sia je.. jeje...

Teori 5
Kegilaan naien pada novel-novel melayu ni buat naien jadi miskin sekejap. Kalau suruh pilih antara beli kasut, baju, jam, barang kemas atau kosmetik.. korang toksah mimpilah naien akan beli semua tu kalau ada pameran or jualan novel yang best. Contohnya kalau ada pesta buku antarabangsa, karangkraf sale or jemari seni sale sampai 70% tu. Memang naien akan jadi ulat buku la time tu.. Ayah naien suruh naien jual semua koleksi NOVEL yang berjumlah hampir 200 buah tu di rumah tapi no way..hehehe… siapa sentuh semua KOLEKSI NOVEL naien tu, memang naien fire kang! Kalau duit dalam poket naien tinggal sepuluh sen pun naien takkan surrender koleksi-koleksi naien ni kat semua orang.. jangan harap! Hehehe.. Tapi korang jangan tak tahu, naien akan jadi KAYA kalau naien jual semua koleksi-koleksi novel naien ni sebab semua jumlah harga koleksi novel-novel naien ni kalau dijual hampir memcecah RM4000 tau.. Itu pun setelah ditolak, ditambah, didarab dan dibahagi harganya tau. Diberi diskaun lagi tau. Naien memang suka bagi ayat "semua orang dalam rumah ni kena tahu yang dalam bilik akak tu ada harta yang hampir memcecah RM4000 tau. Kalau akak mati satu hari nanti, itu la aset akak yang akak tinggalkan".. haha,,,

Teori 6
MAKAN!! Itu masalah naien yang memang kritikal. Naien suka beli makanan yang bermacam-macam. Selalu sangat MENGIDAM. Adik naien yang Rashed tu memang dh FED UP dengan naien sebab dia la yang akan jadi mangsa naien kalau naien mengidam nak makan apa-apa. Dia wajib teman naien pegi beli ON THE SPOT. Tak ada tangguh-tangguh okey. Tapi adik naien tu kurus je. Naien ni je makin lama makin TEMBAM. Hobi tak berapa nak bijak naien ni la yang membuatkan naien bertambah MISKIN dari sehari ke sehari. Lagipun naien akan jadi orang yang kuat makan jika dilanda kebosanan, kekecewaan or time strees nak exam. Memang time tu duit memang habis je asyik beli makanan.. aduiii....

Teori 7
Naien suka pergi window shopping tapi naien tengok orang lain yang window shopping tak ada beli apa-apa pun. Tapi naien mesti ada beli SOMETHING time window shoping tu. Pelik x?? Pening kepala naien ni berfikir. Dah la beli yang entah apa-apa.. Naien ni agaknya layak duduk rumah je kot. Baru la boleh kaya. haha...





Teori 8
Naien tak penah suka pakai barang kemas. Naien memang takde duit nak beli pun. Kalau ada bonus pun, naien tak pernah terfikir nak pakai. My parent nak belikan barang kemas kat naien?? Then naien cakap kat dia orang, apa kata barang kemas tu tukar dengan duit. Kalau duit naien nak.. Boleh buat beli NOVEL. hehehe.. after that my parents tak pernah lagi dah sebut nak belikan naien barang kemas. Serik gamaknya. Hahaha…padan muka naien!

No comments:

Post a Comment