Monday, February 20, 2012

Ekspo Buku Islam 2 di Putrajaya

Tempat: Dewan Cempaka Sari Precint 3, Putrajaya
Tarikh : 24.02 – 04.03.2012
Masa : 10 pagi – 9 malam

Mengapa anda perlu menyertai Ekspo Buku Islam 2 di Putrajaya ?


Objektif
Bertujuan untuk menyatupadukan pemain utama dalam industri buku Islam dalam usaha untuk menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat disamping mencipta peluang perniagaan yang menguntungkan. Semoga usaha murni ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t

Projek Susulan Ekspo Buku Islam KL Sentral
Ekspo Buku Islam Putrajaya merupakan projek kedua, susulan daripada kejayaan penganjuran Ekspo Buku Islam KL Sentral yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat Islam Malaysia.

Ekspo Buku Islam Terbesar
Insya’Allah Ekspo Buku Islam Putrajaya akan mencatat sejarah sebagai Ekspo Buku Islam terbesar tanahair serta mendapat sambutan lebih hebat dari orang ramai dan marilah kita bersama-sama menjayakannya.

Rakan Media Rasmi
Insya’Allah radio IKIM.fm akan sekali lagi menjadi rakan media rasmi dan Perbadanan Putrajaya akan turut bekerjasama dalam menjayakan Ekspo Buku Islam Putrajaya ini.

Matlamat Kami
Matlamat Sinergi Ilmu sebagai penganjur adalah untuk keuntungan dan kejayaan bersama dengan pempamer dan bukan mencari keuntungan dan kejayaan sendiri semata-mata , Kejayaan anda amat penting dan amat kritikal bagi kami .

Untuk maklumat lanjut sila layari : www.ekspobukuislam.com

No comments:

Post a Comment