Sunday, January 1, 2012

bila sudah FAMOUS hilang QUALITY??

Salam..
Hari ni naien teringin nak SHARE satu perasaan tak puas hati naien tentang isu BILA SUDAH FAMOUS HILANG QUALITY..
Are you Agree???

Okey.. Mari naien jelaskan apa yang selama ni bermain di minda naien.. Pernah tak korang pergi makan or minum di satu restoran tu dimana makanan yang dihidangkan memang sedap GILA? Bila korang tengok sekeliling restoran tu, orang memang tak berapa nak ada la.. Just biasa-biasa jer. Tapi dari segi Rasa makanan tu, korang memang puas hati. Lagi-lagi kalau restoran tu merupakan restoran baru buka or baru nak start membangun.
Tapi pernah tak korang TERFIKIR kenapa rasa makanan tu boleh berubah menjadi tidak sedap bila pengunjung or CUSTOMER restoran tu menjadi ramai?? Bila dah ramai orang datang menjamu selera kat restoran tu, QUALITY restoran tu terus merundum.. Geram kan?? naien selalu terfikirkan perkara ni.. "Bila QUANTITY meningkat, QUALITY menurun.." WHY???
Because of that bila naien nak cari tempat makan, naien tak akan pergi ke restoran yang ramai orang makan.. Naien memang takkan singgah.. Memang la orang selalu cakap yang ramai orang tu la yang sedap. Sebab tu ramai orang datang makan kat situ tapi bagi naien kalau dah ramai sangat customer dia, mesti dia akan masak cincai-cincai punya.. Mesti masak tangkap muat jer.. Nak cepat la katakan. Customer kan ramai yang order.
Contohnya macam hari ni, naien pergi satu restoran ni yang memang naien TABIK SPRING la sebelum ni. Dia punya masakan memang GEMPAK ar.. Kalau makan sekali, memang terkenang-kenang punya.. Tapi tadi bila naien pergi, sungguh mengecewakan.. naien tahu la restoran tu dah start terkenal dan menjadi pilihan ramai.. Tak boleh ke restoran tu kekalkan QUALITY dia yang sedia ada?? Sayang kalau dia teruskan prestasi yang buruk macam tu.. Itu boleh buat customer dia frust and cabut lari.. Lama kelamaan, orang dah tak datang makan kat situ dan restoran tu akan jatuh merundum.. Jadi apa yang tinggal?? Hanya nama je..
Jadi naien harap bila kita nak buka satu restoran makanan tu, QUALITY paling penting.. Ini kerana saingan kedai makan ni senget.. Dah banyak sangat restoran makanan kat Malaysia.. Bila hati customer dah sakit, diorang akan cari restoran lain dan restoran awak akan musnah sekelip mata je.. Lebih-lebih lagi kalau cerita tentang masakan restoran awak yang tak sedap tu tersebar.. Memang Customer lari la.. Jadi, lakukan sesuatu kerja tu bersungguh-sungguh dan ikhlas.. Naien just nak sharing is caring jer..=)

No comments:

Post a Comment