Monday, July 2, 2012

Drama Kau Untukku adaptasi Novel Aisya Sofea

novel favorite naien




update:
Permintaan Novel diterjemah ke layar skrin semakin mendapat sambutan hangat. Oleh itu,selepas ini kita dapat melihat banyak karya-karya hebat versi drama@telefilem.


Salah satunya adalah Kau untukku. One of my favourite novel and writer.


Channel: 952 ABO(astro box office)
Tayangan: Sepanjang Bulan Mei
Lakonan:
Remy Ishak: Fuad
Dira Abu Zahar : Nurul Umairah
Johan Asari: Jefri
Lana Nordin: Elena
Norman Hakim: Azhar


on request,ringkasan drama Kau untukku(ceceh, ringkasan??panjang gak)

Drama bermula dengan Nurul Umairah berfikir tentang hubungannya dengan Ahmad Fuad.

Nurul menghadiri temuduga selama 1 jam,ternyata Ahmad Fuad dan Azhar menyukai personaliti Nurul. Fuad jatuh cinta pandang pertama pada Nurul time ni.


Jefri seperti biasa akan membawa Nurul makan. Satu sikap Jefri yang tidak disukai Nurul-membawa motor laju.



Nurul diterima bekerja sebagai setiausaha di bawah En Azhar. Fuad agak terkejut melihat Nurul menjadi setiausaha Azhar.Pada masa yang sama,Ahmad Fuad kelihatan cemburu melihat kemesraan Nurul dan Jefri.


Ibu bapa Jefri mengesa Jefri dan Nurul untuk melangsungkan perkahwinan secepat mungkin.
Fuad pula,telah menutup pintunya hatinya untuk Elena setelah apa yang Elena lakukan padanya.
Sikap humor yang ada pada Jefri membuatkan Nurul senang bersama Jefri.Hanya lelaki ini memanggil dirinya Maira dan dia sudah bersedia menjadi isteri Jefri.
Di ofis, Mustika tak tahan lagi bekerja di bawah En Fuad.


azhar terpikat dengan nurul


Fuad merasa cemburu melihat kemesraan Azhar dan Nurul(babak Nurul jahit butang baju Azhar) .Elena pula terus mengejar Fuad.


Rasa cemburu melihat Azhar membuatkan Fuad berbincang dengan En Zakuan untuk menukarkan Nurul(dalam novel- dalam drama takde)
Nurul terkejut apabila En Azhar memberitahu bahawa dia akan ditukarkan jabatan di bawah En Fuad. Pastinya Mustika gembira,namun sebaliknya Nurul. Mana taknya,selama ini Mustika banyak merungut pasal En. Fuad.



Fuad kagum melihat biliknya bersih dikemas Nurul.
Fuad mengajak Nurul untuk makan bersama.
kelakar mendengar jawapan Nurul bila Fuad tanya Nurul pernah tak pergi Lake Club.Nurul dengan selamba menjawab Lake Club tak pernah,Night club pernah- terkedu Fuad mendengarnya.
Lunch bersama bossnya Fuad menjadikan Nurul bualan mulut Mustika dan Stella.
Elena memberi amaran kepada Nurul untuk tidak mendekati Fuad.


Fuad terkejut mendengar Nurul akan berkahwin.
ayat tak boleh bla- Fuad: you are my wife during office hour,so jangan cuti lama sangat.


Lagu dalam drama Kau untukku:

Stacy- Pelangi senja

Nurul mendapat panggilan berita kemalangan Jefri yang meragut nyawanya.Nurul hilang arah dan sedih atas apa yang berlaku.
Walaupun bersedih, Nurul tetap ke pejabat, namun dia dimarahi oleh Fuad di atas kesilapannya. Tanpa mengetahui apa yang berlaku,kata-kata Fuad memberi kesan kpd Nurul hingga dia mengambil keputusan utk berhenti kerja.
Fuad terkejut lalu meminta maaf dan merayu Nurul utk terus bekerja dengannya.
Sepanjang Nurul bercuti, kerap kali Fuad menelefon utk bertanya pasal fail(konon fail,sebenarnya nak tanya khabar Nurul).
Fuad dan Nurul terpaksa bekerja hingga lewat malam(kalau dalam novel- one team kerja lewat malam,tapi dalam drama diorang je keje)
Fuad menghantar Nurul balik ke Ipoh dan Fuad stay semalam di rumah Nurul.
Family day company- Nurul, satu team dengan Fuad..kalau dalam novel - time family day nilah banyak perkara berlaku.Stella dan Mustika memang main peranan penting rapatkan hubungan Fuad dan Nurul. Kesian azhar,dia bertepuk sebelah tangan.
Fuad melamar Nurul buat kali pertama.Nurul terkesima kerana sekali lagi
dia mendengar panggilan Maira yang pernah digunakan oleh Jefri.
Balik dari Dubai,Fuad mendapat tahu Nurul resign.
7 bulan berlalu,Nurul melarikan diri dari Fuad.Pertemuan dengan Azhar dan Nurul di shopping complex membuatkan Fuad cemburu dan menginginkan jawapan dari Nurul.Nurul meninggalkan Fuad apabila dia mendapat tahu mama Fuad ingin menjodohkan Fuad dengan Elena.
Akhirnya segala persoalan terjawab,Nurul menerima lamaran Fuad.Mereka berkahwin dan dikurniakan anak perempuan- Cucu sulung dalam keluarga.


Komen:
Ok la untuk durasi 2 jam..Best gak walaupun Remy not so Fuad...
Cuma babak konflik antaranya sebelum perkahwinan Fuad dan Nurul tidak diceritakan.Macam tentangan kakak-kakak ipar Fuad,sikap ibu Fuad yang tidak berapa menyukai Fuad mengahwini Nurul berbanding Elena.Kat ending je ada sikit bila diorang honeymoon one family.-sebab Nurul dan Fuad adalah cinta 2 darjat gak.



No comments:

Post a Comment