Sunday, July 8, 2012

Festival flora putrajaya 2012


salam..=)
ini cerita tentang Festival Flora Putrajaya 2012..
tahun ni naien tak lepaskan peluang berkunjung ke Festival Bunga ni..
memang cantik dan meriah..
rugi la kepada sesiapa yang tak dapat, tak sempat, tak nak pergi dan tak sudi nak pergi..
meriah dan sejuk mata memandang tau..
yela..
semua bunga la katakan..=)
tahun nie naien pergi dengan my parents.. ayah and umi..
umi naien memang peminat tegar bunga..
jadi, memang wajib la pergi..
naien sertakan pictures yang boleh membuat anda semua terbeliak biji mata..
menyesal la tak pergi nok..
hehe..=)



FESTIVAL FLORA 2012
MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG
UNIK
CREATIVE
GENG KLFM
AYAH

UMI AND POKOK CILI NYA
HUMAN BUTTERFLY
NAIEN
BUAH-BUAH PELIK

FLOWER
UMI

Monday, July 2, 2012

Cinta ibarat menunggu bas

CINTA ibarat menungu BAS
salam sayang buat semua,

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak kata pada diri awak,”Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yang lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. Awak tengok bas itu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.




Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini awak kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.”



Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak sudah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak hendak.



Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah awak dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yang awak idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tidak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.



Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang awak nanti- nantikan), awak tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!



Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam itu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!



Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas itu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta itu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu…semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Drama Adam dan Hawa adaptasi novel aisya sofea

Drama adaptasi novel Adam dan Hawa karya Aisya Sofea.
Pemilihan watak utama drama Adam dan Hawa telah dipilih sendiri oleh penulis novel AISYA SOFEA.


Siapa? Bintang Paling Popular yang memang sesuai dengan watak novel Aaron Aziz dipilih membawa watak pilot handsome Adam Mukhriz manakala Nadia Nissa(pelakon filem Cun) dipilih membawa Ain Hawani.. Berapa episode(80 episode) panjangnya.... mahu dekat 5-6 bulan baru habis..Bila ditayangkan??dalam bulan Julai(sendiri tanya,sendiri jawab)
Khabar yang tak berapa best-drama ni akan ditayangkan di astro bella (╯╭╮╰)

saje je la astro nie.





Sinopsis Adam dan Hawa:

Ain Hawani berkerja sebagai guru gantian di sekolah tadika milik kakak Adam Mukhriz seorang pilot yang lagaknya seperti playboy...
Oleh kerana sakit hati dengan Adam Mukhriz tidak mengendahkannya, kekasih Adam ingin menjerat lelaki itu.Namun tersalah perhitungan apabila Ain Hawani menjadi mangsa korban.
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Ain ditangkap khalwat bersama Adam


Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.


Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.


Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi.

Para pelakon:
Aaron Aziz - Adam Mukhriz
Nadia Nissa - Ain Hawani
Alzana - Dee
Rozie Rashid - kakak Adam


boleh agak kan apa yang berlaku dlm scene ni (bila Adam dan Ain perlu berkahwin setelah ditangkap khalwat) 

Adam dan Ain
ADAM MUKHRIZ
AIN HAWANI

p/s: naien suka citer nie..nama heroin die sama dengan nama naien.. "AIN"

Drama Kau Untukku adaptasi Novel Aisya Sofea

novel favorite naien




update:
Permintaan Novel diterjemah ke layar skrin semakin mendapat sambutan hangat. Oleh itu,selepas ini kita dapat melihat banyak karya-karya hebat versi drama@telefilem.


Salah satunya adalah Kau untukku. One of my favourite novel and writer.


Channel: 952 ABO(astro box office)
Tayangan: Sepanjang Bulan Mei
Lakonan:
Remy Ishak: Fuad
Dira Abu Zahar : Nurul Umairah
Johan Asari: Jefri
Lana Nordin: Elena
Norman Hakim: Azhar


on request,ringkasan drama Kau untukku(ceceh, ringkasan??panjang gak)

Drama bermula dengan Nurul Umairah berfikir tentang hubungannya dengan Ahmad Fuad.

Nurul menghadiri temuduga selama 1 jam,ternyata Ahmad Fuad dan Azhar menyukai personaliti Nurul. Fuad jatuh cinta pandang pertama pada Nurul time ni.


Jefri seperti biasa akan membawa Nurul makan. Satu sikap Jefri yang tidak disukai Nurul-membawa motor laju.



Nurul diterima bekerja sebagai setiausaha di bawah En Azhar. Fuad agak terkejut melihat Nurul menjadi setiausaha Azhar.Pada masa yang sama,Ahmad Fuad kelihatan cemburu melihat kemesraan Nurul dan Jefri.


Ibu bapa Jefri mengesa Jefri dan Nurul untuk melangsungkan perkahwinan secepat mungkin.
Fuad pula,telah menutup pintunya hatinya untuk Elena setelah apa yang Elena lakukan padanya.
Sikap humor yang ada pada Jefri membuatkan Nurul senang bersama Jefri.Hanya lelaki ini memanggil dirinya Maira dan dia sudah bersedia menjadi isteri Jefri.
Di ofis, Mustika tak tahan lagi bekerja di bawah En Fuad.


azhar terpikat dengan nurul


Fuad merasa cemburu melihat kemesraan Azhar dan Nurul(babak Nurul jahit butang baju Azhar) .Elena pula terus mengejar Fuad.


Rasa cemburu melihat Azhar membuatkan Fuad berbincang dengan En Zakuan untuk menukarkan Nurul(dalam novel- dalam drama takde)
Nurul terkejut apabila En Azhar memberitahu bahawa dia akan ditukarkan jabatan di bawah En Fuad. Pastinya Mustika gembira,namun sebaliknya Nurul. Mana taknya,selama ini Mustika banyak merungut pasal En. Fuad.



Fuad kagum melihat biliknya bersih dikemas Nurul.
Fuad mengajak Nurul untuk makan bersama.
kelakar mendengar jawapan Nurul bila Fuad tanya Nurul pernah tak pergi Lake Club.Nurul dengan selamba menjawab Lake Club tak pernah,Night club pernah- terkedu Fuad mendengarnya.
Lunch bersama bossnya Fuad menjadikan Nurul bualan mulut Mustika dan Stella.
Elena memberi amaran kepada Nurul untuk tidak mendekati Fuad.


Fuad terkejut mendengar Nurul akan berkahwin.
ayat tak boleh bla- Fuad: you are my wife during office hour,so jangan cuti lama sangat.


Lagu dalam drama Kau untukku:

Stacy- Pelangi senja

Nurul mendapat panggilan berita kemalangan Jefri yang meragut nyawanya.Nurul hilang arah dan sedih atas apa yang berlaku.
Walaupun bersedih, Nurul tetap ke pejabat, namun dia dimarahi oleh Fuad di atas kesilapannya. Tanpa mengetahui apa yang berlaku,kata-kata Fuad memberi kesan kpd Nurul hingga dia mengambil keputusan utk berhenti kerja.
Fuad terkejut lalu meminta maaf dan merayu Nurul utk terus bekerja dengannya.
Sepanjang Nurul bercuti, kerap kali Fuad menelefon utk bertanya pasal fail(konon fail,sebenarnya nak tanya khabar Nurul).
Fuad dan Nurul terpaksa bekerja hingga lewat malam(kalau dalam novel- one team kerja lewat malam,tapi dalam drama diorang je keje)
Fuad menghantar Nurul balik ke Ipoh dan Fuad stay semalam di rumah Nurul.
Family day company- Nurul, satu team dengan Fuad..kalau dalam novel - time family day nilah banyak perkara berlaku.Stella dan Mustika memang main peranan penting rapatkan hubungan Fuad dan Nurul. Kesian azhar,dia bertepuk sebelah tangan.
Fuad melamar Nurul buat kali pertama.Nurul terkesima kerana sekali lagi
dia mendengar panggilan Maira yang pernah digunakan oleh Jefri.
Balik dari Dubai,Fuad mendapat tahu Nurul resign.
7 bulan berlalu,Nurul melarikan diri dari Fuad.Pertemuan dengan Azhar dan Nurul di shopping complex membuatkan Fuad cemburu dan menginginkan jawapan dari Nurul.Nurul meninggalkan Fuad apabila dia mendapat tahu mama Fuad ingin menjodohkan Fuad dengan Elena.
Akhirnya segala persoalan terjawab,Nurul menerima lamaran Fuad.Mereka berkahwin dan dikurniakan anak perempuan- Cucu sulung dalam keluarga.


Komen:
Ok la untuk durasi 2 jam..Best gak walaupun Remy not so Fuad...
Cuma babak konflik antaranya sebelum perkahwinan Fuad dan Nurul tidak diceritakan.Macam tentangan kakak-kakak ipar Fuad,sikap ibu Fuad yang tidak berapa menyukai Fuad mengahwini Nurul berbanding Elena.Kat ending je ada sikit bila diorang honeymoon one family.-sebab Nurul dan Fuad adalah cinta 2 darjat gak.



Sunday, April 15, 2012

30 Perkara Yang Anda Harapkan Dari Sebuah Blog



Kadang-kadang apabila kita melawat sesebuah blog, kita lansung tidak berminat utk membacanya..kita hanya akan kekal paling lama pun 15 saat dan terus pangkah tetingkap tu..kenapa ini semua terjadi? apa yg kita harapkan?

Tips ni aku dapat dari sebuah forum,melalui kajian yang dilakukan terhadap forumer2 dalam forum..tips ni nampak menarik..so share kat sini…dan hasilnya sepeti kat bawah..30 Perkara yang Anda harapkan dari sebuah Blog…


1. Mempunyai gaya bahasa yang sangat senang faham..

2. Tidak mempunyai terlalu banyak iklan berbanding isi…

3. Rekabentuk layout yang menarik dan ringkas. serta loading time yang laju..

4. Gambar yg berkaitan..a picture worth thousands of word!

5. Jangan letak audio kat blog.. kadang2 menggangu pelawat.

6. Guna bahasa yang baik.. Jangan guna bahasa pasar sangat dalam blog..

7. Tumpukan kepada niche tertentu..jangan terlalu rojak…

8. Bahasa perlu disesuaikan dengan target market dan peringkat umur..

9. Pemilihan template blog yg lebih kepada profesional…

10. Update and keep update…

11. Suka blog yg menulis apply letak numbering..terarah kemas dan fokus

12. Membuat screen shot menggunakan videos supaya lebih real dan mengujakan

13. Blog menjana pendapatan ceritakan cerita sebenar bukan hype yang direka2 nampak mudah jer semua.

14. Sukakan tajuk entry yang friendly search engine, menarik dan 3 baris pertama ayat di perenggan pertama sangat mengujakan

15. Rapatkan diri dengan visitor..jika mailing list..gunakan bahasa yg santai dpt eratkan lagi blogger dan visitor..

16. Rapatkan diri dengan visitor melalui acara2 turun padang..gathering ke..

17. Sediakan template yg paparkan Recent Post dan Recent Comments..

18. Mempunyai header atau moto blog yg sgt menarik…

19. Contest @ freebies untuk readers. Banyak reader cuma lurker, selalu masuk blog kita tapi tak penah aktif untuk tinggalkan komen @ subscribe.

20. 1 satu post tuh biar ada flow..ada intro, isi, kesimpulan @ penutup. So readers boleh expect apa yang diaorg akan dapat bila habis baca satu post

21. Display kategori2 yang ada dalam blog. Kadang2 ada readers yang berpontesi untuk jadi reader tetap tapi pasal taktau skop sesuatu blog, dia blah terus

22. About me page. Cerita serba sedikit pasal diri sendiri @ selitkan gambar. Penting untuk bina kredibiliti especially bila promote @ jual barang. Baru la yakin sikit aku nak beli barang

23. 6- 10 recent post (title) letak sama ada kat sidebar @ atas @ bawah blog. Klau user datang dari search engine selalunya dieorg sampai dalam single post. Kalau ada recent post, reader bleh tau fokus @ atau arah tuju blog secara amnya. Mudahkan readers untuk mengenali blog anda dengan kurangkan klik2 yang tak perlu utk readers

24. Penulis kena layan gk komen-komen dari readers. Kalau takleh selalu, kadang2 pn dah ok. Make their presence felt.

25. Contact form. penting untuk org tanya produk2 yang dijual @ mungkin tips yang ada dalam post tak bleh pakai ke, so readers bleh consult dengan penulis.

26. Related post di akhir setiap post. Readers bleh cari maklumat tambahan @ yang berkaitan.

27. 1 post 1 PAGE saja, setengah2 blog suka buat multiple page dalam 1 post. Aku kalau jumpa blog camtuh mmg aku tak datang dah. Kecuali la isi mmg panjang, kena buat multiple page

28. Search function above the fold. Jangan la letak kat bawah sangat @ tersembunyi sangat . Aku tak suka scroll sampai ke bawah semata2 nak cari search function.

29. Menggunakan size font yang sesuai..tak terlalu besar atau tak terlalu kecil…

30. Mempunyai contact form atau report tentang apa-apa masalah yang ada diblog atau untuk bantuan dan apa-apa pertanyaan..ini membantu kita untuk memperbaiki apa-apa kekurangan di blog.


Blog aku pun masih banyak kekurangan…tapi insyaallah akan cuba perbaiki dari masa ke semasa…

Kad Pengenalan Singapura Aaron Aziz Dedah Nama Sebenar



KAD PENGENALAN ASAL SINGAPURA MILIK AARON AZIZ DEDAH NAMA SEBENAR PELAKON AARON AZIZ? Bila dah popular, Kad pengenalan pun akan jadi modal untuk diperdebatkan. Ini yang terjadi kepada Aaron Aziz yang mana kad pengenalan Singapura beliau telah menjadi bahan perhatian di forum Cari.

Apa yang menjadi perhatian adalah berkenaan nama sebenar Aaron aziz iaitu Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mustafa. Ada antara mereka mempersoal tindakan Aaron Aziz menyembunyikan nama sebenar dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan pelakon. Namun, adakah gambar kad pengenalan Aaron Aziz ini tulen atau palsu, tidak dapat dipastikan.

Read more: http://www.nescafeais.com/gambar-kad-pengenalan-aaron-aziz/#ixzz1sBLV4urb

Rahsia Nombor Kad Pengenalan Anda



Nombor kad pengenalan Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format (TTBBHH-NN-###J) sebagai nombor kad pengenalan.

-Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP.


-Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka.

-Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Sebagai pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita.

Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki. Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.

SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN:-

Johor – 01,21,22,23,24
Kedah – 02, 25, 26, 27
Kelantan - 03, 28, 29
Melaka - 04, 30
Negeri Sembilan – 05, 31,59
Pahang – 06, 32, 33
Pulau Pinang – 07, 34, 35
Perak - 08, 36, 37, 38, 39
Perlis – 09, 40
Selangor – 10, 41, 42, 43, 44
Terengganu -11, 45, 46
Sabah – 12, 47, 48, 49
Sarawak – 13, 50, 51, 52, 53
Wilayah Persekutuan – (KL) 14, 54, 55, 56, 57
Wilayah Persekutuan (Labuan) – 15, 58
Wilayah Persekutuan (Putrajaya) – 16
Negeri Tidak Diketahui – 82

Read more: http://www.nescafeais.com/rahsia-nombor-kad-pengenalan-anda/#ixzz1sBKSzzBu

Wednesday, March 14, 2012

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2012

ini dia yang naien tunggu-tunggu kan..
setiap tahun naien tak pernah terlepas lagi untuk ke pesta buku antarabangsa..
tahun nie naien harap naien dapat menghadirkan diri untuk menghangatkan lagi pesta buku kali ni.. hehe..
naien dah target nak borong 30 buah buku tahun ni..
bertambah-tambah la koleksi novel naien tahun ni..=)

AniQ zakuan

sunyi tanpa aniq..
itu jer yg mampu naien katakan kalau satu hari nanti, aniq terpaksa berpisah dengan naien... aniq zakuan merupakan kekuatan naien..haha... dasyatkan.. budak kecil sebesar 2 tahun 7 bulan yang tak mengerti apa-apa tu memang ada kuasa MAGIC yg tersendiri.. kalau sehari naien tak jumpa dia, memang tak SAH...
saat paling naien happy ialah CUTI SEMESTER ni!!!
naien boleh habiskan masa-masa naien hanya bersama aniq... thankz 2 abg hussin & kak ita yg sangat memahami.. diorang sangat sporting klau naien selalu datang rumah diorang & KIDNAP anak "TERHENSEM" diorang tu.. hehe..
sampaikan abg hussin boleh cakap "pergi la aniq kat mama awak tu.. mama ain tu kan mama awak".. hehe..
ayat berbisa tu bang tapi ain tak makan saman la bang..hehe.. ain tetap takkan faham bahasa.. sebab setiap hari kalau boleh nak KIDNAP aniq.

 hari sabtu 10 mac 2012.. naien kidnap aniq sampai ke MORIB.. hehe.. dah la isnin 12 mac tu naien ada exam paper OCD & FINANCIAL.. tapi bila tengok je muka aniq, terus lupa yang naien ada paper isnin nanti..haha..
naien kidnap aniq dari pagi sampai malam you... memang best la.. sampai aniq lupa daratan.. tak reti-reti nak balik rumah.. haha.. naien pun apa lagi.. memang amik peluang la hari tu lepaskan rindu ngan aniq..
bayangkan.. sejak dia balik dari sarawak bulan 2 hari tu, dia selalu mengelak dengan naien.. mana tak sedih.. naien punya la rindu kat dia, dia boleh pula tak nak kat naien,. sedih sangat.. tapi sekarang tak lagi.. dia bangun-bangun je tido terus "mama ain"!!! haha...
kembang you....



Monday, February 20, 2012

Ekspo Buku Islam 2 di Putrajaya

Tempat: Dewan Cempaka Sari Precint 3, Putrajaya
Tarikh : 24.02 – 04.03.2012
Masa : 10 pagi – 9 malam

Mengapa anda perlu menyertai Ekspo Buku Islam 2 di Putrajaya ?


Objektif
Bertujuan untuk menyatupadukan pemain utama dalam industri buku Islam dalam usaha untuk menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat disamping mencipta peluang perniagaan yang menguntungkan. Semoga usaha murni ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t

Projek Susulan Ekspo Buku Islam KL Sentral
Ekspo Buku Islam Putrajaya merupakan projek kedua, susulan daripada kejayaan penganjuran Ekspo Buku Islam KL Sentral yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat Islam Malaysia.

Ekspo Buku Islam Terbesar
Insya’Allah Ekspo Buku Islam Putrajaya akan mencatat sejarah sebagai Ekspo Buku Islam terbesar tanahair serta mendapat sambutan lebih hebat dari orang ramai dan marilah kita bersama-sama menjayakannya.

Rakan Media Rasmi
Insya’Allah radio IKIM.fm akan sekali lagi menjadi rakan media rasmi dan Perbadanan Putrajaya akan turut bekerjasama dalam menjayakan Ekspo Buku Islam Putrajaya ini.

Matlamat Kami
Matlamat Sinergi Ilmu sebagai penganjur adalah untuk keuntungan dan kejayaan bersama dengan pempamer dan bukan mencari keuntungan dan kejayaan sendiri semata-mata , Kejayaan anda amat penting dan amat kritikal bagi kami .

Untuk maklumat lanjut sila layari : www.ekspobukuislam.com